Selasa, Oktober 20, 2009

Claustrophobic jadian

Petang tadi, aku dan Mr Leong the iron man (tukang buat grille ) ke rumah baru aku untuk aktiviti ukur mengukur. Kebetulan, terjumpa bakal jiran sebelah rumah. Mereka mahu menghantar borang aduan kerosakkan rumah. Kami sempat berkenal-kenalan. Pasangan pensyarah di salah sebuah kolej di Ipoh itu memang ramah... terutamanya Mr ...err... lupa pula aku nama dia. Kita gelar dia Mr Singh sahajalah. Perbualan berkisar mengenai kerosakkan rumah beliau dan akhirnya ke cerita ronovasi rumah...

Mr Singh: I nak sambung dapur, so yang belakang tu jadi wet kitchen, kitchen yang ada sekarang ni jadi dry kitchen.

Aku: Oooo...

Mr Singh: Kitchen saja nearly 47k... plus wiring lagi I buat 11k. I lecturer electrical engineering, so ini my expertise lah... hehehe. Lagipun I ingat nak pasang air cond satu rumah, kena buat wiring lain... yang dah ada ni tak cukup.

Aku: *telan air liur*

Mr Singh: Macam ni lah dapur I nanti... yang ini partition antara kitchen and dining hall (sambil hulur lukisan 3D hasil kerja tangan pereka dalaman)

Aku: Waaaaaaa cantiknyaaaaaa...

Mr Singh: You tak renovate ke?

Aku: Err... tak. I nak buat rumah konsep padang futsal. Lapang dari depan ke dapur... lagipun I claustrophobic.

Kami: *gelak gelak gelak*
.
.
.
.

Tiba-tiba saja jadi claustrophobic kannn...?

Ahad, Oktober 18, 2009

Eh, aku ada blog lah... :p

Salam. Selamat bertemu kembali.

Aku masih hidup, cuma tiada cerita menarik. Kalau ada cerita pun, entah mengapa aku malas benar menulis di sini... Aku paksa-paksa diri juga untuk menulis... Namun bila ceritanya hanya berkisar mengenai peningkatan berat badan sempena Aidilfitri, aku rasa macam menyampah pulak. Cerita basi. Tak habis-habis cerita pasal berat badan... kannnn?

Oleh yang demikian, demi kesinambungan entri yang sebelum ini , aku telah melakukan aktiviti mengendap 'uncle ketar-ketar' secara serius. ("Ini sheriyesss...!" kata anak itik Wonderpets)

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil (maaf kualiti gambar kurang memuaskan... maklumlah, sedang mengendap... mana ada masa mahu fikirkan tentang sudut, pencahayaan dan tatarias subjek).

Hari Sabtu

Subjek dilihat membawa plastik berisi sampah . Entah mengapa dia gemar membuang sampah di padang sebelah rumah aku sedangkan lori sampah datang tiga kali dalam seminggu.


Setelah mencampakkan sampahnya, dia berhenti sejenak untuk menghirup udara segar dan menikmati pemandangan. Apa yang akan terjadi kepada sampah 'uncle ketar-ketar' tersebut? Sudah pastilah menjadi habuan anjing-anjing liar yang akan berpesta dengan sampahnya dan tidak lama selepas itu,aku akan sakit mata dan sakit hati melihat sampah-sampah yang bertaburan di atas jalan.


Hari Ahad
Subjek dilihat memakai busana semalam, cuma ditambah aksesori topi rona putih... mungkin untuk kelihatan lebih anggun dan bergaya. Subjek masih belum menyedari dirinya sedang diperhatikan. Kelihatan subjek sedang meng'usha' daun pisang mana yang mahu dirembat.


Subjek masih lagi belum sedar gambarnya sedang diambil. Kelihatan dia berusaha dengan gigih menekan-nekan pagar dawai dan mencapai daun pisang yang dihajatinya.


Subjek telah menyedari dirinya sedang diperhatikan. Dia dengan tergesa-gesa 'blah' macam tu saja. Indah sungguh budi bahasanya. Bukannya dia tak tahu aku ada di rumah. Kalau dia minta izin, aku pastinya akan bermurah hati untuk tolong ambilkan daun pisang untuk dia. Malangnya, dia lebih gemar bertindak macam penyangak. Mungkin lebih menyeronokkan. Lihatlah pagar dawai yang telah melendut itu... dem.
.
Sekian sahaja laporan untuk hari ini. Bertemu lagi di lain siaran. Untuk 'uncle ketar-ketar', Happy Deepavali.
.
p/s: Esok dah boleh ambil kunci rumah baru :) Tak sabar rasanya nak pindah :) Semoga jiran-jiran baru aku nanti tak macam 'uncle ketar-ketar' :p



Ahad, September 06, 2009

Kalau aku mahu bikin filem, aku akan namakan filem aku "Anu Dalam Longkang"

Tinggal di kejiranan yang berbilang kaum banyak kelebihan dan banyak juga kekurangannya. Bertoleransi dan saling memahami perlu ada pada setiap individu supaya persekitaran yang sihat dan menggembirakan dapat dipupuk agar matlamat 1 Malaysia dapat dijayakan dengan gemilangnya. Heh.

Aku banyak 'lebih kurang' dengan jiran-jiran aku. Tiap-tiap petang, sewaktu nyonya belakang rumah jalan-jalan dengan anjing-anjing comelnya, dia mesti singgah depan rumah aku pasal anjing-anjing dia suka berak/ kencing bawah tiang letrik depan rumah aku. Mungkin kerana bau kucing-kucing aku, anjing-anjing nyonya tersebut gemar benar melepaskan hajat atau menandakan kawasan jajahan mereka dengan gembiranya. Kadang-kadang, aku saja-saja tunggu depan pagar kalau-kalau nyonya tersebut segan mahu bawa anjing-anjing comelnya melepaskan hajat. Namun, apakan daya nyonya yang payah senyum itu selalu buat bodoh (atau memang bodoh?) sahaja tanpa rasa bersalah membiarkan anjing-anjing comelnya melepaskan hajat depan rumah aku. Agaknya dia fikir, "Bukan aku yang berak bawah tiang letrik ni, apa yang mahu dikecoh-kecohkan?"

Ada juga jiran aku yang gemar perhatikan sahaja setiap gerak geri aku. Aku sapu sampah, dia tengok. Aku bagi kucing makan, dia tengok. Aku buang sampah, dia tengok. Tapi, tak pernah nak tegur aku. Agaknya dia fikir, " Bosan-bosan petang ni, menyebok hal orang dapat juga hilangkan bosan... uuuu bestnya!"

Selain daripada itu, ada juga jiran-jiran aku yang anggap kawasan rumah aku ni macam mini market, tempat mereka mendapatkan barang-barang keperluan harian seperti daun pandan, serai, daun kari, daun pisang (malah pisang setandan juga boleh diambil begitu sahaja tanpa segan dan silu, ya), dan lain-lain lagi. Kadang-kadang aku hairan... kalau sudah menu hari-hari adalah kari, takkan lah tak mampu nak tanam pokok daun kari? Bukan susah pun... tanam dalam tong biskut pun boleh. Tapi, agaknya daun kari belakang rumah aku lebih sedap dan beraroma... agaknyalah? Tak apalah, aku pun jarang-jarang masak kari... cuma kalau mahu, minta sahaja... bukannya suruh anak sendiri panjat pagar rumah aku untuk memetik-metik dedaunan kari, pandan dan seumpamanya tanpa ragu-ragu.

Pernah sekali, seorang Aci dan dua orang anaknya 'caught in action' sewaktu sedang mengambil daun pisang. Sebenarnya, aku tak kisah pun jiran-jiran aku nak ambil daun pisang... malah aku sudah pesan pada jiran-jiran aku yang selalu minta daun pisang pada aku agar ambil sahaja daun pisang yang terjuntai ke luar pagar. Tak payah minta-minta. Bukannya aku makan daun pisang pun. Tapi, aku marah bila Aci tersebut dan anak-anaknya itu merosakkan pagar dawai aku semata-mata mahu ambil daun yang lebih tinggi kerana lebih 'cantik'. Daun yang terjuntai ke luar pagar itu 'tak cantik' katanya...

Aku tanya,"Nak buat apa daun cantik-cantik?"
Dia jawab, "Mau sembahyang..."
Aku tanya, "Tuhan tak marah ke, kalau sembahyang pakai daun curi?"
Dia sengih sahaja... (Tak marah kot?)

Petang tadi, sewaktu aku sedang bersantai-santai di ruang tamu... aku nampak 'uncle terketar-ketar' (aku rasa dia mengidap parkinson atau mungkin juga pernah diserang angin ahmar) berjalan dengan penuh sopan santun ke belakang rumah aku. "Ah, mahu curi daun pisang lagi agaknya" aku fikir dengan penuh syak wasangka. Aku perhatikan sahaja 'uncle terketar-ketar' di sebalik sliding door gelap yang sangat sesuai untuk aktiviti 'skodeng' tersebut. Aku fikir, sewaktu dia sedang asyik mengambil daun pisang nanti, aku mahu sergah dia. Hehehe... mesti kelakar...

Namun, tanpa diduga... tidak semena-menanya dia menyeluk tangannya ke dalam seluar, dan... kencing di tepi longkang belakang rumah aku!! Gelap pemandang aku sebentar... Meskipun terkedu, aku tiba-tiba mendapat idea bahawa aku perlu mendokomentasikan saat ini buat tatapan pembaca-pembaca blog aku... Ini kisah sensasi.Biar padan muka dia (Apa hal kencing belakang rumah aku?Nyanyuk ke?) Tidak syak lagi! Aku terus meluru ke dalam bilik untuk mengambil kamera. Namun, apakan daya... aku tak sempat (jangan hampa, ya?hahaha).

Masih tidak puas hati, aku perlu berbuat sesuatu untuk 'kasi warning sama dia'... aku buka pintu kuat-kuat dan aku 'usha' dia dengan mata yang kejap-kejap dibesarkan dan kejap-kejap dikecilkan... seolah-olah memberi tahu, "Deyyy, i know lahhhh" (baca dengan suara Rajinikanth yang digetarkan dan digemakan)... 'Uncle terketar-ketar' itu terkejut dan cuba berjalan seberapa cepat yang boleh. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia ingin berkata, "Citt... aku ketahuan... damn!"



p/s: Bertoleransilah selagi mampu. Aku masih bertahan. Kamu pula?

Khamis, September 03, 2009

Nampaknya, Mat Rempit lebih patriotik daripada aku kerana mereka merempit sambil mengibarkan Jalur Gemilang sedangkan aku menonton Up di malam merdeka

*Ini cerita malam merdeka, tapi baru berkesempatan menulis hari ini :P *

Aku memang tak pernah sambut apa-apa perayaan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa macam kebanyakkan orang lain buat. Pertamanya, kerana aku manusia yang membosankan. Keduanya, kerana aku benci bersesak-sesak dan kesesakan lalu lintas. Ketiganya, kerana aku sering mentertawakan manusia yang terkinja-kinja dan terlebih-lebih teruja menyambut sesuatu perayaan (contoh: hari merdeka dan tahun baru) macam mereka yang angkat senjata dan menentang penjajah (oh ya, lupa pula... mengekalkan kemerdekaan bukankah jauh lebih susah... mungkin itu sebabnya mereka yang lebih-lebih teruja dan terkinja-kinja?)... heh.

Justeru, perayaan ulangtahun kemerdekaan, tahun baru, hari gawai, hari pahlawan, mahupun hari wanita bukanlah alasan untuk aku keluar rumah untuk bakar bunga api sambil jerit-jerit keriangan sambil pasang azam baru sambil peluk-peluk dan laga-laga pipi sambil 'yamseng-yamseng' sambil tengok konsert sambil apa-apa lagi lah...

Bukan aku nak tunjuk baik. Heloo... aku pakai skirt dan tindik hidung. Bukankah yang pakai skirt dan tindik hidung itu jahat-jahat belaka? *roll eyes* Cuma, kadang-kadang aku tak faham mengapa kita gemar sangat cari alasan untuk berpesta . Mujur, tahun ini ulangtahun hari kemerdekaan jatuh dalam bulan Ramadhan. Tak ada pesta-pesta (atau sekurang-kurangnya, tidak ditunjukkan di tivi) ...

... tapi sewaktu dalam perjalanan pulang dari menonton wayang, aku terserempak dengan sekumpulan Mat Rempit yang mengibarkan Jalur Gemilang besar di belakang motor masing-masing... dan mereka berpusing-pusing ala-ala menari shuffel di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat depan Hospital Pantai yang membuatkan aku rasa nak hempuk kepala 'sekor-sekor' dengan Jalur Gemilang sambil jerit "Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !"

Ok tak, kalau aku sambut merdeka macam tu tahun depan?

Sabtu, Ogos 29, 2009

Why oh why?

Lebih kurang seminggu berpuasa, aku masih lagi belum teringin ke pasar Ramadhan. Malas bersesak-sesak. H1N1 juga aku jadikan alasan. Mungkin puasa tahun ini seperti tahun lepas, tidak ke pasar Ramadhan langsung. Hari-hari masak sendiri... makan pun ala-ala (ala-ala sahaja tau...) tak lalu...

Tapi kenapa berat aku tak turun-turun?

Damn.






*Aku harap penimbang berat rosak, dan sebenarnya berat aku dah turun berkilo-kilo... ;P *

Jumaat, Ogos 21, 2009

Bila tiada cerita yang menarik, tetapi perlu juga bercerita untuk membuktikan blog ini masih 'bernyawa'...

Sekadar gambar pun jadilah, kan...?





















Maaf Encik Botak, gambar awak 'tersiar' dalam blog saya huhuhu...


.

.

.

.




Buat pembaca yang masih sekali sekala membuka blog separa hidup ini, Selamat Berpuasa! (Itupun kalau kamu berpuasa lah...)










Ahad, Ogos 02, 2009

Kalau boleh, aku mahu hari-hari seperti hari ini...

Kalau bolehlah...



:)