Rabu, Julai 08, 2009

Mari ke dapur semula

Apa khabar puan-puannnnnn? Rasanya sudah lama kita tidak bertemu dalam segmen "Mahu memasak, tapi malas" kan puan-puannnn? Hari ini kita turun ke dapur semula, ya?

Pernahkah puan-puan mengalami masalah 'ingin pulang ke kampung tetapi tiada buah tangan yang menarik untuk dibawa bersama, konon-kononnya mahu masak laksa tapi sampaikan mak dah nak naik kapal terbang dah esok tetapi masih tidak masak-masak lagi laksanya'? Pasti tak pernah kan... itu masalah saya seorang saja.

Oleh yang demikian, apakah jalan penyelesaiannya? Memperkenalkan... Kueh Apam Bungaaaa (baca macam Doraemon memperkenalkan gadget barunya).

Bahan-bahan:
3 biji telur
200gm tepung gandum
180gm gula kastor
1 sudu teh ovalett
150ml aiskrim soda
1 sudu teh esen vanila
pewarna ikut kesukaan

Cara-cara:
Pukul telur, gula dan ovalett hingga gebu
Masukkan tepung kemudian aiskrim soda
Bahagikan kepada dua bahagian (satu bahagian diwarnakan)
Tuangkan dalam bekas mengikut kesukaan
Kukus


Sebelum

Semasa



Selepas

Anggaran kos: Tak sampai RM5.00
Anggaran masa: Persediaan + waktu mengukus = lebih kurang 30 minit asalkan kamu berkebolehan untuk multitasking (masa tambahan diperlukan sekiranya mahu mengambil gambar).
Anggaran puji-pujian: berkoyan-koyan.
:)
Selamat mencuba!

12 orang yang fikir banyak,cakap kurang,tulis sikit:

Tijah berkata...

cantik pengukus...brp harga yer? hehehe

tembakaujiwa berkata...

owh..kueh ni..aku panggey apam kembang semangkuk...hehe

muna berkata...

camne nak tuang sebelah2 kaler2 lain?

Cik Sar berkata...

bagus ko ni Ira..rajin benor masak. Calon menantu kesayangan ni..

IRA berkata...

tijah: tak ingat ler... yg pastinya tak berapa mahal...kalo tak confirm tak beli hehe

tembakaujiwa: kueh ni memang macam2 nama, tapi rasanya sama je hehe

muna: hehehehe... nk cantik gunala teknik piping...tapi kalo malas mcm aku, sudukan je bancuhan dengan kadar yang segera. kemahiran dan koordinasi penting dlm aspek ini hahahaha

cik sar: *blushing* ahaks... tetiba rasa nak post entri masak memasak ari2 lak hahaha

muNm berkata...

Ira, ovalett tu ape? mcm senang je nak buat.. ni rase nak buat.. =p

IRA berkata...

Ovalette tu mcm stabiliser utk kek n apam. utk buat kek n apam gebu n lembut... mmg senang je nk buat,kat sini kalau ada resepi pun senang2 je sesuai utk yg tak berapa pandai masak n malas mcm penulis blog ni huhuuhuhu

jerry maguire, jr. berkata...

wah! tetiber lapar.

Gayah Gebu berkata...

oi makcik.

dah tak gheti2 nak hapdet ke?!!!!

IRA berkata...

jerry : makan ni tak kenyang pun huhuhu

gayah : mentang2 ko rajin hapdet skarang, ko suruh aku hapdet arrr ekkk... :P

susudalambotol berkata...

saya sangat suka apam! tapi entah bila nak buat walaupun awak dah letak bahan-bahan kat situ :D

IRA berkata...

hehehe... senang jer...cuba arr. mana tau lepas makan, baby kluar nanti gebu mcm apam gak huhuhuhu